UCC – Penjelasan – Apa Maana Nya Kepada Kita Semua


In The Money: OPPT’s UCC Filing Explained – What This Means For All of Us

http://guardianlv.com/2013/02/jd-the-oppt-foreclosure-corpgov-manipulation-of-the-monetary-system/

(Bahasa Malaysia)

 UCC – Penjelasan – Apa Maana Nya Kepada Kita Semua

The Guardian Express telah menemui beberapa maklumat yang sangat berharga untuk semua rakyat Amerika, dan semua rakyat di planet ini juga. Kami telah menerbitkan beberapa Siaran Akhbar baru-baru ini dari sebuah organisasi dipanggil Amanah Awam Satu Rakyat, atau OPPT bagi pendek.

Sekumpulan rakyat ini, pemegang amanah kekayaan awam, telah bosan dengan kerenah-kerenah di dalam struktur dunia kewangan yang dianggap sebagai status quo, dan telah menggunakan pemfailan UCC untuk menutup orang-orang, perniagaan-perniagaan, dan kerajaan-kerajaan yang semasa ini mengendali hal ehwal kewangan harian di seluruh Dunia, jelas sekali mengembalikan semula apa yang sebenarnya hak kekayaan rakyat.

Sekarang saya masih lagi mencuba untuk memahami semua maklumat ini, dan aliran maklumat patut dipertimbangkan, dan seorang lelaki bernama Andy Whiteley menawarkan untuk menerangkan kepada saya, dan juga anda.

Oleh itu artikel yang anda akan baca ini, adalah penjelasan semua perkara yang berkaitan dengan OPPT, penutupan yang mereka capai dengan pemfailan UCC mereka, dan apakah erti semua ini kepada semua rakyat bebas di AS, dan juga di planet ini.

Mudah-mudahan, melalui penerangan ini, kita semua akan mempunyai sedikit pemahaman tentang keadaan ini, kerana apa yang telah berlaku akan mengubah Dunia selama-lamanya, dan kaedah urusan dijalankan dalamnya.

Sila ambil masa untuk membaca kesemua ini, dan cuba serap kesemuanya. Artikel akan berada di dalam beberapa bahagian.

Sam Davis

>>>>>>

Ramai di antara anda telah dengar, dan ramai yang belum. Telah diumumkan kepada orang ramai pada 25 Disember 2012, sistem peraturan Kerajaan Korporat telah ditutup. Sah ditutup … melalui satu mekanisme mereka sendiri. “Kuasa-kuasa Yang Ada” kini adalah “Kuasa-kuasa Yang Pernah Ada”. Semua hutang telah dipadam dan syarikat-syarikat – termasuk tetapi tidak terhad kepada Kerajaan-kerajaan Korporat dan Bank-bank Korporat – telah ditutup.

Pastinya, mereka boleh terus bermain dengan harapan kita akan turut bermain bersama mereka. Tetapi terima kasih kepada suatu siri pemfailan UCC (Uniform Commercial Code / Kod Perdagangan Seragam) yang dibuat oleh One People’s Public Trust / Amanah Awam Satu Rakyat (dikenali bebagai OPPT) pilihan adalah di tangan anda. Satu rangka kerja baru bagi pentadbiran sosial kini berkuatkuasa; satu fakta yang telah disahkan oleh rangka kerja ‘undang-undang’ pendahulu yang di bawah kawalan korporat.

Bercakap secara bersistem… KITA ADALAH BEBAS!

Amanah Awam Satu Rakyat

Kesimpulan tindakan guaman yang diambil oleh OPPT telah menyebabkan banyak ujaan. Dan begitulah sebenarnya! Potensi untuk perubahan positif yang dicipta sungguh BESAR!

Tetapi sebelum kita masuk kepada implikasi-implikasinya saya ingin sampaikan kepada anda berkenaan “apa yang telah berlaku” dan “bagaimana” situasinya.

Kerajaan yang dikawal korporat dan media yang dikawal korporat enggan mengumumkan perluputan mereka sendiri – kerana sebab-sebab yang nyata. Oleh itu, sebagai rakyat global yang bermaklumat, saya percaya peranan kita adalah untuk memahami apa yang telah berlaku dan bagaimana, supaya kita boleh memberitahu yang lain, dan akhirnya memulakan proses perubahan seluruh dunia yang kita nanti-nantikan.

Tetapi Mula-mula, Satu Semakan Realiti

Sebelum saya teruskan, izinkan saya untuk menyatakan beberapa fakta terdahulu.

1) Kerajaan adalah/bekas Korporat

Fenomena Kerajaan Korporat bukan sahaja dipamerkan melalui cara “kerajaan” bertindak sebagai Pewaris (bukan sebagai Pemegang Amanah) Amanah kerajaan, tetapi jejakan kertas juga membuktikannya! Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom, Perancis, Itali, Brazil, Jepun, Afrika Selatan …. dan senarainya berterusan …. semuanya entiti korporat yang berpangkalan di AS, yang didaftar sedemikian dengan Suruhanjaya Keselamatan & Bursa Amerika Syarikat… dan beroperasi seperti itu ditanggungi oleh kita semua. “Sistem” ini adalah bersifat oligarkis, kerana ia menjurus hanya untuk keuntungan kepada “sebilangan kecil” manakala kita yang selebihnya bekerja untuk menyokongnya.

2) Orang perseorangan adalah/bekas korporat.

Pada kelahiran, permohonan sijil kelahiran yang ditandatangani oleh ibu bapa anda digunakan oleh Kerajaan Korporat untuk memulakan Amanah dengan nama anda. Amanah ini digunakan sebagai cagaran, dan akaun cagaran diwujudkan dan dibiayai dengan nama anda. Anda adalah Pewaris Amanah ini … tetapi tiada siapa memberitahu anda ia wujud. Jika anda tidak melengkapkan Wasiat sehingga usia 7 tahun, Kerajaan Korporat mengisytiharkan anda sebagai telah meninggal dunia – di bawah undang-undang admiralti bagi segala sesuatu! – Dan anda secara rasmi dianggap oleh sistem sebagai “hilang di laut”. Ini serius. Kerajaan Korporat kemudian mengambil alih kawalan kewangan daripada harta pusaka anda, dan mereka sedar bahawa kebanyakan kita pada hakikatnya hidup melepasi 7 tahun – terus menganggap kita sebagai hamba bernyawa. Dana yang dijana dengan meletak nilai wang (monetizing) nyawa anda – menggunakan anda sebagai cagaran – dipinjamkan kepada anda apabila anda memohon pembiayaan bank, gadai janji dan lain-lain. Anda kemudiannya terpaksa bekerja untuk membayar balik dana – campur faedah – kembali kepada sistem. Secara sahnya, anda tidak mempunyai hak kerana anda dianggap “mati” pada usia 7 tahun. Anda kalah.

3) Media massa adalah alat yang digunakan oleh Kerajaan Korporat untuk menyampaikan propaganda terus ke rumah anda.

Ia digunakan untuk memanipulasi persepsi awam dari tindakan dan ketiadaan tindakan Kerajaan Korporat, untuk mengukuhkan norma-norma sosial, had dan tingkah laku, dan untuk menjual kepada anda sarap dengan mencipta “keperluan” dan kemudian menyediakan produk untuk memenuhinya. Dan ia tidak terhad kepada Media sahaja; psikologi paradigma “lama” diperkukuh melalui institusi pendidikan dan juga agama.

Korporat-korporat, Kerajaan-kerajaan dan Media semuanya memberitahu pembohongan yang sama. Mereka semua adalah sebahagian daripada makhluk yang sama.

4) Hasilnya, struktur ekonomi dunia adalah satu mekanisme perhambaan besar-besaran.

Perhambaan adalah satu sistem di mana rakyat dianggap sebagai harta, dan dipaksa untuk bekerja. Hamba ditahan bertentangan dengan kehendak mereka dari waktu penangkapan, pembelian atau kelahiran mereka, dan dilucutkan hak untuk meninggalkan, atau untuk enggan bekerja.

Biasa dengar?

Anda telah dilahirkan ke dalam “sistem” tanpa hak berkata-kata dalam bagaimana ia berfungsi. Anda telah dibesarkan dan diajar untuk menyumbang kepada sistem. Anda mesti bekerja jangka waktu yang meletihkan dalam sistem, dan anda mesti membayar cukai kepada sistem. Anda mesti mematuhi peraturan sistem – kebanyakannya berkaitan dengan harta dan pemilikan – atau anda akan dihukum oleh sistem. Mengikut reka bentuk, sistem akan menyampaikan limpah luah hanya untuk segelintir, manakala yang lain-lain lagi akan berlapar. Tetapi jika anda tidak suka, anda tidak boleh meninggalkan sistem. Sistem tersebut “memiliki” setiap benda, setiap orang dan setiap tempat.

Sehingga kini, anda mempunyai satu pilihan: turut bermain. Ia seperti hidup dalam kasino tanpa pintu keluar. Dan tuan rumah sentiasa menang. <<<<<<<<<

Sila tunggu untuk lebih lagi, tetapi sila, periksa kandungan ini dengan mendalam, dan cuba untuk memahami segala-galanya.

Seterusnya nanti: Bahagian 2 Bilakah Kerajaan-kerajaan kita diKorporatkan?

BAHAGIAN 2

Puan-puan dan Tuan-tuan, ini adalah bahagian 2: In the Money: Penjelasan Pemfailan UCC oleh OPPT – Apakah Maksudnya Ini kepada Kita Semua

Akan ada 2 lagi kemasukan dalam judul artikel ini, dan kadar penerbitan artikel-artikel ini akan dipercepatkan. Sehingga hujung minggu ini, anda akan memiliki cukup maklumat untuk membuat otak anda sibuk buat seketika. Sam

Bilakah Kerajaan-Kerajaan Kita diKorporatkan?

Semuanya bermula dengan pengenalan sistem Bank Penyimpanan (Reserve Bank system). Apabila Akta Penyimpanan Persekutuan (Federal Reserve Act) diimplimentasi di Amerika Syarikat dalam 1913, Ahli Kongres Charles Lindberg memberi amaran kepada Kongres AS di dalam Rekod Kongres bertarikh, 22 Disember 1913 (vol. 51) bahawa akibat dari perlaksanaan system Penyimpanan Persekutuan adalah – dengan menggunakan kuasa mereka untuk mengembang (inflate) dan menguncup (deflate) sesuatu ekonomi – korporat-korporat akan mengambil kawalan.

Dalam kata-kata Ahli Kongres Lindberg: “Mulai sekarang, kemelesetan akan dicipta secara saintifik”.

Dan sememangnya. Dalam 1929, “Kuasa-kuasa yang pernah ada” dengan sengaja menjatuhkan pasaran saham. Bagaimana? Turun naik harga dalam pasaran saham dipandu oleh emosi. Sebelum kejatuhan 1929, keujaan telah dicipta dalam pasaran yang menghasilkan suatu jangka masa inflasi. Mereka yang berkuasa telah menjual milikan mereka dengan harga premium, dan kemudian mencipta panik di dalam pasaran. Apabila harga saham terjunam, mereka membeli semula milikan mereka dangan harga yang sangat rendah – dan dalam proses itu menghapuskan pesaing-pesaing mereka yang sedang nazak.

Pendek kata, Kemelesetan Besar (the Great Depression) telah diada-ada supaya korporat-korporat besar yang menguasai pasaran saham boleh mengaut keuntungan dari pinjaman wang kepada kerajaan-kerajaan yang diperlukan untuk pulih daripada kejatuhan terancang tadi. Negara-negara berdaulat akhirnya dipaksa untuk menandatangani perjanjian pinjaman yang mana, mengikut sifat semula jadinya, tidak akan dapat dibayar balik sepenuhnya, paradigma “perhambaan melalui hutang’ telah diresmikan…. dan korporat-korporat mengambil alih kuasa.

Hari ini, Kerajaan-kerajaan Korporat masih berterusan menyamar sebagai kerajaan sebenar. Sistem Bank Penyimpanan (yang kini menguasai ekonomi-ekonomi barat) sedang meneruskan tempoh-tempoh lonjakan pasaran (market-boom) dan kuncupan pasaran (market-bust) dengan mengetatkan atau melonggarkan bekalan wang dan kredit. Krisis Kewangan Sedunia semasa adalah contoh yang tepat. Sementara itu, Media yang tertubuh teguh memainkan peranan mereka mempengaruhi emosi pasaran saham dan menyediakan kepalsuan-kepalsuan politik.

Tetapi kempen kompleks yang diusahakan oleh OPPT telah memaksa system korporat ke dalam penutupan. Semua korporat, termasuk system-sistem Kerajaan dan Perbankan, telah dijadikan pupus dengan menggunakan mekahisme peraturan perdagangan mereka sendiri. Berkata secara sah, ia ibarat keluar dengan amanah-amanah lama dan masuk dengan yang baru!

Jadi adakah ini “Pengulingan Kerajaan”?

Tidak – ia adalah pengulingan korporat-korporat yang sehingga kini memakai topeng sebagai kerajaan. Jika anda faham bahawa “kerajaan-kerajaan” adalah sebenarnya korporat-korporat yang telah merombak semula perlembagaan-perlembagaan Negara berdaulat secara terselindung, kehancuran mereka sememangnya sudah lama tertunggak.

Penipuan kerajaan adalah benar. Dan akhirnya dengan kegagalan mereka untuk menangkis/menyangkaltuntutan UCC-kompleks kerajaan korporat keseluruhannya menjadi pihak bersalah kerana melakukan penipuan, pengkhianatan dan perhambaan. Mengikut undang-undang antarabangsa, OPPT mempunyai hak untuk menuntut remedi bagi pihak Satu Rakyat kerana jenayah-jenayah tersebut. Mereka memilih untuk menutup dan menamatkan korporat-korporat, bank-bank dan kerajaan-kerajaan yang bertanggungjawab, dan untuk mengambil semua aset dan infrastruktur entiti-entiti ini-termasuk semua emas dan perak yang dipegang sebagai aset oleh sistem perbankan dan meletakkan semuanya di bawah penjagaan Satu Rakyat.

Jangan fikirkan ia sebagai satu penggulingan, fikirkan ia sebagai penemuan semula harta yang dicuri. Tindakan Amanah Awam Satu Rakyat pada dasarnya menuntut apa yang kita miliki, sebagai kejadian-kejadian berdaulat planet ini. Undang-undang Universal, Common Law dan UCC kini adalah undang-undang yang mengawal planet.

(Nanti saya akan terangkan dengan terperinci mekanisme yang dilaksanakan oleh OPPT untuk menggantifungsi fungsi yang perlu tadbir urus).

UCC: Kitab Perdagangan

UCC adalah “kitab” perdagangan, ia tepat menentukan cara bagaimana perniagaan dan perdagangan antarabangsa harus digubal. Malah, keseluruhan sistem komersial berpaksi di sekitar undang-undang UCC. Jika gadai janji (pinjaman hartanah) anda ditutup/dirampas atau kereta anda ditarik, pihakbbank menggunakan proses UCC untuk berbuat demikian.

Tetapi undang-undang UCC tidak diajar di institusi pengajian undang-undang. Ia kekal di dalam bidang korporat-korporat dan wakil-wakil suruhan mereka, yang melatih kaki tangan jabatan undang-undang mereka di dalam undang-undang UCC sebagaimana yang perlu – sekali gus mengekalkan pengetahuan mekanisme penting ini “di dalam rumah”. Tetapi salah seorang pemegang amanah OPPT telah terlibat secara profesional dalam undang-undang UCC buat sekian lama, dan memahami dengan terperinci bagaimana “Kuasa-kuasa yang pernah ada” memanipulasi UCC untuk mengawal sistem kewangan Amerika Syarikat pada tahap yang sangat tinggi.

Seorang pakar UCC, juga seorang ibu, dan peneraju OPPT Heather Ann Tucci-Jarraf menggunakan perampasan (foreclosure) rumahnya sendiri sebagai satu kes ujian. Beliau mencabar perampasan melalui proses UCC, dan dengan berbuat demikian telah menemui – dengan kata mudah – bahawa sistem mahkamah AS senentiasa menyokong sistem korporat.

Tidak hairanlah, memandangkan 99% dari undang-undang kita berkait dengan pemilikan … atau perdagangan.

Selepas menggunakan penghemahan ekstrim, OPPT telah membuat kesimpulan bahawa korporat-korporat yang beroperasi di bawah samaran kerajaan-kerajaan rakyat dan sistem kewangan telah melakukan pengkhianatan terhadap rakyat planet ini tanpa keizinan yang sedar, rela dan sengaja oleh rakyat. Laporan akhir daripada penyiasatan itu boleh didapati di sini.

Jadi … untuk menutup “sistem” tersebut, Pemegang Amanah OPPT memasang perangkap menggunakan struktur undang-undang yang diberikan kepada mereka OLEH “sistem”.

Sekali lagi, ambil sedikit masa dan baca jilid ini dengan teliti, supaya anda memahami dengan lengkap isu-isu ini. Perjalanan ini baru saja bermula, dan maklumat selanjutnya akan datang, mungkin pada satu ketika, terlalu cepat untuk pemahaman lengkap sebelum datangnya kepingan maklumat seterusnya.

Akan datang dalam bahagian berikutnya: Bagaimana Para Pemegang Amanah Mencapai Penutupan?

BAHAGIAN – 3

Bagaimana Para Pemegang Amanah Mencapai Penutupan?

http://guardianlv.com/2013/02/jd-oppt-world-monetary-system-foreclosure-revealed/

OPPT diurus oleh Para Pemegang Amanah Caleb Skinner, Hollis Randall Hillner dan Heather Ann Tucci-Jarraf. OPPT tercipta apabila Para Pemegang Amanah mengikat diri-diri mereka pada – justru meneruskan semula – amanah yang telah dirangka dalam Perlembagaan asal AS 1776; perlembagaan yang telah ditinggalkan apabila kerajaan Amerika Syarikat dikorporatkan pada tahun 1933.

OPPT kemudian mengikat setiap individu di planet ini sebagai Benefisiari/Pewaris Amanah dalam ekuiti, dikenali sebagai “Satu Rakyat, dicipta oleh Pencipta”. Dengan berbuat demikian, Para Pemegang Amanah telah merangka suatu Amanah yang mempunyai tuntutan yang lebih tinggi dari apa jua yang lain – Amanah di antara Pencipta dan “kedudukan-kedudukan kejadian” di Bumi. “Kedudukan-kedudukan kejadiani” di Bumi adalah pewaris Pencipta selaku penjaga manifestasi-manifestasi Pencipta di Bumi. Bercakap secara sah di isi undang-undang, tidak ada tuntutan yang lebih tinggi daripada yang dibuat oleh Amanah Awam Satu Rakyat … kecuali sesuatu yang dibuat oleh Pencipta.

Sumber-sumber di planet kita – yang dinyatakan dalam pemfailan UCC berupa emas dan perak dunia – tidak boleh dimiliki, dijual kepada kita dengan sesuatu harga, dimeter keluar dalam kuantiti ‘gaji’ untuk memperhambakan kita, atau disekat untuk mewujudkan kemiskinan atau kemelaratan. Di bawah Amanah Awam Satu Rakyat, kita semua mempunyai ekuiti. Sumber-sumber planet kita sekarang adalah milik setiap kita dalam ukuran yang sama. Itu adalah hak kelahiran kita. Kini ia adalah undang-undang.

Antara 2011 dan 2012, Para Pemegang Amanah telah membuat satu siri pemfailan yang kompleks dengan UCC bagi pihak Pewaris. Butiran penuh pemfailan oleh OPPT dengan UCC boleh didapati di laman web mereka:

http://peoplestrust1776.org. Amaran: ia sarat dengan pembacaan perundangan dan direka bagi tujuan notis undang-undang dan penzahiran/pendedahan, bukan untuk menyampaikan tindakan OPPT atau implikasi-implikasinya kepada orang awam. Walau bagaimanapun, Para Pemegang Amanah sedang bekerja secara langsung dengan komuniti ‘media alternatif’ global untuk memastikan orang ramai menerima maklumat yang tepat, jelas dan relevan.

Untuk meringkaskan dokumen-dokumen ini:

Memahami bahawa korporat/perbadanan, kerajaan dan bank-bank adalah satu dan sama, satu “Perintah Mencari dan Tindakan” telah difailkan terhadap “penghutang”, entiti undang-undang yang dicipta melalui proses UCC yang merangkumi semua entiti korporat. Pemfailan-pemfailan mendakwa bahawa Penghutang “dengan sedar, rela dan sengaja melakukan pengkhianatan” dengan “memiliki, mengendali, membantu dan bersubahat dengan sistem wang swasta” dan “mengendali Sistem Perhambaan yang digunakan terhadap…rakyat tanpa persetujuan mereka secara sedar, rela dan sengaja”.

Pemfailan UCC adalah rekod-rekod awam, dan mengikuti proses pentadbiran piawai. Apabila menghadapi tuntutan, suatu entiti (dalam kes ini “Penghutang”) diberikan hak bantahan/menyankal. Jika bantahan/penyangkalan tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan lalai kemudian diguna pakai, diikuti oleh penamatan entiti itu, dalam kes ini, atas alasan bahawa ia gagal untuk menangkis tuduhan pengkhianatan oleh “Satu Rakyat”.

Perkara yang penting untuk difahami di sini adalah pemfailan UCC teguh menjadi undang-undang jika ia kekal tak dibantah/disangkal. Dan dalam kes ini, Para Pemegang Amanah OPPT memastikan mereka mencipta situasi undang-undang di mana individu dan entiti yang berupa “penghutang” tidak mempunyai keupayaan untuk menangkis. Bagaimana mereka boleh? Tuntutan-tuntutan perhambaan dan penipuan adalah benar.

Sudah tentu, tiada bantahan telah diterima.

Oleh itu ‘Penghutang’, adalah bersalah atas pengkhianatan.

Sebagai remedi, korporat-korporat ditutup dan aset-aset mereka dituntut semula.

Kekayaan planet kita dikembalikan kepada “Satu Rakyat”.

Semua hutang korporat dipadam.

“Sistem” ditamatkan.

Rekod awam menunjukkannya.

Pemfailan UCC berdiri sebagai undang-undang antarabangsa.

Mengikut terma-terma sistem itu sendiri, ia tidak lagi wujud.

Jadi Apakah Maksud Semua Ini?

Sah di sisi undang, tiada sesiapa boleh berdiri sebagai yang berkuasa unggul di antara anda dan hubungan anda dengan Pencipta. Setelah membuang mekanisme kawalan ekonomi dan kerajaan, Amanah Awam Satu Rakyat meletakkan individu-individu dalam liabiliti sepenuhnya, menjadi bertanggungjawab secara peribadi untuk diri mereka sendiri dan untuk memastikan hak kehendak bebas orang lain. Tiada lagi rantaian arahan berstruktur. Tiada peraturan-peraturan. Tiada korporat-korporat sebagai tempat berselindung. Anda adalah – seperti Pencipta maksudkan – Kejadian dan penjaga planet kita dan penduduknya.

Ia adalah satu anjakan paradigma yang PADAT, dan suatu yang tidak syak lagi akan mengambil masa untuk direalisasikan sepenuhnya.

Ranjau sistemik yang menghalang kehendak/kemahuan bebas dan pilihan kita kini telah buang, lantas menimbulkan cabaran kepada cara kita melihat diri kita dan cara kita membuat pilihan dalam kehidupan kita. Kita kini hidup – di atas kertas sekurang-kurangnya – di dalam sistem tanggungjawab diri. Pemfailan-pemfailan OPPT mendaftar ini dalam abadi, dan dengan cara supaya kehendak bebas anda tidak boleh diragut tanpa persetujuan sedar anda.

Sehingga kini, kewujudan kita di bawah bekas sistem perhambaan telah menjadi pergelutan yang berterusan; bergelut untuk mengimbangi komitmen- komitmen kerja dan keluarga; bergelut hanya untuk “mencari rezeki”, untuk “mampu” berteduh – suatu tempat untuk kita wujud.

Tetapi dalam dunia LIMPAH LUAH yang direka khusus oleh Pencipta bagi memenuhi keperluan kita, pergelutan ini bukanlah suatu keadaan semula jadi kejadian. Sebaliknya, ia adalah hasil daripada perang psikologi yang dimainkan terhadap kita. Dan ia berkesan! Ia telah meneruskan kita manusia di bawah telunjuk, meneruskan kita bekerja seperti hamba kerdil yang setia, dan memastikan keuntungan terus bergolek masuk kepada segelintir yang istimewa dalam “kuasa”.

Tetapi hari ini, mengikut terma-termanya sendiri, “sistem” itu tidak lagi wujud.

Ramai di antara kita melihat “sistem” itu sebagai sesuatu yang pernah ada. Ramai pula yang tidak. Ramai yang tidak percaya bahawa “sistem” itu sebenarnya sebuah sistem. Ramai akan menyedarinya tidak lama lagi.

Walau apapun, apabila kemusnahan paradigma lama berakar dan menjadi nyata dalam masyarakat kita, perubahan psikologi mesti berlaku dalam diri kita semua. Ia mungkin kelihatan meliputi, tetapi kita manusia telah menangani perubahan paradigma sebelum ini; pertimbangkan perubahan dalaman dan psikologi yang perlu daripada kaum hamba Amerika Afrika apabila sistem perhambaan paksaan telah dimansuhkan … rakyat Jerman apabila Tembok Berlin telah diarahkan roboh pada tahun 1989 … warga bekas Kesatuan Soviet pada pembubarannya pada tahun 1991 … rakyat Mesir yang mengeluarkan diktator mereka pada tahun 2011 … dan rakyat Iceland yang memenjarakan ahli-ahli bank dan politik rasuah mereka dan menulis semula perlembagaan mereka pada tahun 2012 ….

Jenis revolusi psikologi ini bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi ia menimbulkan banyak cabaran peribadi.

Inilah masanya untuk menjadi berani, dan menjadi ANDA yang berani. Dalam ketiadaan struktur kawalan kita masing-masing perlu mengawal takdir kita, dan takdir planet kita. Lagi, kita mesti belajar membuat pilihan untuk diri sendiri, dan mula mencipta dunia yang KITA mahu tinggal di dalamnya.

Bagaikan ibu bapa yang baru, kita mesti redha bahawa hidup tak akan sama seperti dulu … dan dalam ketiadaan “buku peraturan” kita akan cenderung kepada naluri kita dan belajar bekerjasama dalam cara-cara baru ….. bersama-sama.

Mengapa Saya Tidak Boleh Lihat Perubahan??

Bersabarlah … anda akan. Tetapi mula-mula, kita perlu mengenal pasti bagaimana tindakan OPPT mengubah landskap yang sah di sisi undang-undang, dan bagaimana ia berkait dengan kita.

Adakah Sistem korporat lama akan turun berjuang? Sudah tentu ia akan! Kerajaan kawalan korporat akan terus bergerak seolah-olah tiada apa yang berubah. Dan jika anda terus redha sistem perhambaan hutang mereka, saya pasti “Kuasa-kuasa yang Pernah Ada” dengan gembira akan terus menampungi anda!

Tetapi jangan tertipu: mereka tahu apa yang telah berlaku. Mereka tahu mereka telah ditutup/dibatal. Mereka tahu permainan sudah berakhir. Ia kini adalah undang-undang antarabangsa.

Kita mempunyai kebebasan secara aman untuk tidak bekerjasama dengan sistem lama. Ini adalah masa untuk melaksanakan kebebasan itu.

Jika ia kelihatan aneh bahawa “kerajaan” yang kelihatan masih menyamar sebagai itu, harus diingati …. kerajaan-kerajaan yang kelihatan adalah boneka korporat, dan tidak pernah benar-benar menyahut seruan. Buat masa ini, bekas pemilik-pemilik mahukan kita percaya ia adalah urusan seperti biasa’. Mereka telah banyak bergantung kepada kerahsiaan sehingga kini. Mereka akan terus berpura-pura hingga ke akhir hayatnya. Itulah cara mereka.

Pemegang Amanah OPPT Heather Ann Tucci-Jarraf memberikan kenyataan berikut dalam wawancara Freedom Radio baru-baru ini yang merumus rancangan beliau untuk menangani perkara ini:

“Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang respon OPPT kepada tindakan atau ketiadaan tindakan orang-orang tersebut kita boleh jelas lihat, ia adalah ahli-ahli sihir dan anjing-anjing besar di sebalik tabir yang saya nanti-nantikan … dan mereka tahu. Dalam cinta mutlak dan kedamaian, dengan kesyukuran mutlak dan rahmat … Heather. “

Pengarang Undangan Andy Whiteley adalah pengasas bersama Wake up World dan membantu para pemegang amanah OPPT menghebahkan maklumat mereka.

Akan ada satu lagi bahagian dalam siri ini esok, kemudian terus dengan lebih maklumat mengenai Amanah Awam Satu Rakyat bergerak ke hadapan.

 

BAHAGIAN – 4

http://guardianlv.com/2013/03/jd-oppt-out-with-the-old-in-with-the-new-but-when-and-how/

Ini adalah bahagian terakhir dalam siri artikel yang ditulis oleh Pengarang Undangan Andy Whiteley. Akan ada banyak lagi maklumat lanjut bagi tujuan OPPT, dan agak pesat, jadi sila beri tumpuan.

Mengurus Tindakan “Sistem Lama” Terhadap Anda

Dengan pembubaran sistem perhutangan/perhambaan, sebarang hutang fiksyen yang anda kononnya terhutang kepada sistem juga telah dibubarkan. Fikirkan ini unutk satu minit!

Untuk memudahkan peralihan lancar anda keluar dari sistem lama, anda akan perlu memahami apa remedi segera yang anda boleh gunakan ke atas tindakan-tindakan “sistem lama” yang sedang diambil terhadap anda.

Dalam dua artikel Wake Up World baru-baru ini, kita membincangkan kaedah pra-OPPT menegaskan semula kuasa anda ke atas mekanisme Kerajaan Korporat (baca Bahagian 1 & Bahagian 2). Kaedah ini telah berakar umbi dalam pengetahuan bahawa (1) kerajaan-kerajan dahulu adalah korporat, dan (2) beban untuk membuktikannya adalah di atas sesiapa yang menuntut sebagai pihak berkuasa kerajaan yang sah.

Anda boleh melihat kajian kes kehidupan sebenar dari kaedah ini dalam dokumentari Scott Bartle “What the FUQ?” (Frequently Unanswered Questions) Soalan-soalan Lazim Tak diJawab “Ke-… Australia…

Secara generik, intisari cabaran ini adalah:

“Anda telah membuat tuntutan ke atas saya, dan saya gembira untuk mematuhi permintaan anda … Walau bagaimanapun saya ingin memastikan bahawa saya berurusan dengan orang yang tepat. Sila tunjukkan kepada saya bahawa anda mewakili kerajaan sebenar seperti yang diberi hak sewaktu penciptaan negara ini. “

Dalam keadaan ini, apabila entiti Kerajaan Korporat gagal menunjukkan kesahihannya, kawalan interaksi boleh diambil oleh anda dengan memperkenalkan Terma-terma dan Syarat-syarat anda sendiri di mana apa jua interaksi antara anda dan entiti itu boleh diteruskan.

Dalam dunia pasca-OPPT, proses anda untuk mencabar kuasa yang mendakwa sebagai ‘ejen Korporat’ (termasuk mereka yang mendakwa mewakili Kerajaan) adalah pada asasnya:

“Saya akan gembira untuk mematuhi permintaan anda … walau bagaimanapun dalam Undang-undang UCC terdapat satu pemfailkan yang masih tak disangkal, yang telah menutup entiti yang anda dakwa anda wakili. Anda kini beroperasi di atas liabiliti peribadi anda. Sila hentikan tuntutan anda ke atas saya. Jika anda membuat keputusan untuk meneruskan tuntutan ini lagi, apa jua interaksi masa depan di antara kita akan berada di bawah syarat-syarat berikut … “

Mengingati bahawa ejen itu tidak lagi mewakili entiti korporat, Suatu Notis Ihsan harus diberikan kepada individu, termasuk ‘Terma-terma & Syarat-syarat’ di mana anda akan menerima apa jua interaksi masa depan. Kedua-dua ini memberitahu mereka, dan membolehkan mereka berpeluang menarik balik tuntutan mereka yang menyalahi undang-undang terhadap anda. Jika ejen memulakan lagi kontek dengan anda, mereka mencetuskan kontrak peribadi antara anda berdua dengan menunjukkan penerimaan mereka akan terma-terma yang anda berikan.

Jika ejen kedua dari bekas korporat yang sama menghubungi anda tentang tuntutan yang sama, ulangi proses ini dengan individu itu juga. Ingat, korporat tidak lagi wujud. Anda hanya berurusan dengan individu lain.

Garis panduan mencipta Notis Ihsan dan Terma-terma dan Syarat-syarat anda sendiri boleh didapati di:  http://oppt-in.com/documents/.

Kuasanya ada untuk ANDA menggubal.

Kesedaran orang ramai tentang paradigma baru akan mengambil masa untuk dimanifestasi dalam masyarakat kita. Sehingga implikasi-implikasi Amanah Awam Satu Rakyat dikenali meluas dan diterima pakai dalam masyarakat, sila hormati mereka yang belum tahu. Akhirnya, apabila individu-individu terjaga/tersedar kepada paradigma baru, mereka hanya akan berhenti beroperasi bagi pihak bekas korporasi. Tetapi jika anda perlu untuk memberi Notis Ihsan kepada sesoarang individu dalam masa yang sama, hormati kedudukan pengetahuan anda dan ambil peluang untuk memberitahu mereka dengan hormat. Ejen peringkat bawah bekas korporat-korporat, Bank-bank, dan Kerajaan-kerajan adalah sama seperti anda dan saya, mereka adalah hamba/bekas hamba kepada sistem yang sama juga. Mereka masih belum tahu kebenaran ini lagi, itu saja.

Dalam hal urusan ‘undang-undang’, anda tidak disyorkan memberi Notis Ihsan dengan Terma-terma & Syarat-syarat kepada seorang (bekas) pegawai polis yang memberhentikan anda di tepi jalan. Sekali lagi, mereka adalah sama seperti kita semua … dan realistiknya mereka berkemungkinan akan menangkap dan “caj” anda jika anda mendekati mereka dengan cara itu. Sehingga kesedaran awam mencapai titik ketepuan, saya cadangkan supaya anda mematuhi pegawai-pegawai peringkat bawah, kemudian beri mereka Notis Ihsan melalui faks, e-mel, surat berdaftar … ataupun dengan tangan. Sekiranya ia naik ke peringkat mahkamah, beritahu Majistret / Hakim (atau serupa) dengan cara yang sama sebelum tarikh mahkamah anda yang dijadualkan. Saya tidak mencadangkan anda membuat Hakim berasa serba salah dengan memberi mereka Terma-terma dan Syarat-syarat di mahkamah. Jika anda menghormati dan membenarkan mereka membaca Notis Ihsan bersendirian sebelum perbicaraan anda, anda mencapai hasil yang lebih baik untuk semua Kejadian yang terlibat dalam interaksi tersebut.

Ingat:

Proses mengeluarkan Notis Ihsan adalah juga satu latihan pembelajaran untuk mereka yang diberi kerana ia adalah remedi untuk situasi anda. Kerjasama antara individu adalah kunci untuk memanifestasi paradigma baru dalam masyarakat kita. Dalam ketiadaan apa jua liputan Media kawalan korporat berkaitan subjek ini, kesedaran awam tentang Amanah Awam Satu Rakyat hanya akan berlaku melalui perkongsian maklumat secara hormat dalam komuniti dan rangkaian kita.

Lagipun, kita adalah “Satu Rakyat, dicipta oleh Pencipta”.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarang Undangan Andy Whiteley untuk membenarkan saya menerbitkan karyanya.

Ikuti pautan ini untuk yang lebih daripada kerja-kerja ini.

http://wakeup-world.com/category/contributing-writers/and-whiteley/

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada amanah bergeliga di Wake Up World yang begitu pemurah untuk membolehkan semua ini berlaku, dan untuk penghargaan abadi mereka kepada pemegang-pemegang amanah OPPT.

Ikuti pautan ini untuk lebih maklumat OPPT dari Wake Up World.

http://wakeup-world.com/oppt-in/

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada rakan saya Gary, tanpanya saya tak mungkin menulis tentang OPPT.

Terima kasih tuan!

Sam Davis

Pengarang Undangan Andy Whiteley adalah pengasas bersama Wake up World dan membantu pemegang amanah OPPT menghebahkan maklumat mereka.

Alih bahasa oleh keluarga Abu Bakar Yusof

home

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s